Translate

Selasa, 29 Mei 2012

Meh belajar Cara-cara solat !

Berdiri tegak
Yang ini perlakuan wajib taw. Kalau yang tidak mampu, bolehlah duduk.. tapi kita kan kuat, muda lagi, takkan dah tak mampu kot kan adik-adik?


Ni Berdiri tegak taw adik-adik..xmo gerak-gerak..fokus pada solat anda ;)


Mengangkat tangan semasa Takbiratul Ihram
Yang ini sunat yek.. Tapi walaupun sunat, kalau tak buat dalam Malaysia ni, memang dipandang serong taw adik-adik.. Jadi selama kita duduk di Malaysia, kenela lakukan perlakuan ini.

Camnile angkat takbir..


Ni Cikgu upload cara-cara solat untuk buat 2 perlakuan ini ye..perhatikan dan selamat beramal ;)

Apa itu Solat ek?

Solat tu ape? Kenapa kita perlu solat? Penat je solat, tapi apa yang kita dapat bila kita solat? Pelbagai persoalan yang timbul di fikiran kita mengenai solat. tapi kalau tak taw, kita nak tanye pada siapa? mestilah tanya mak/ibu/ummi/mama, tanya abah / ayah / baba / papa yang penting boleh sangat tanya cikgu kat sekolah. Cikgu pun ade buat blog untuk memudahkan kita berbincang tentang solat. Meh cikgu nak cerita dalam blog ni..harap terhiburrrr!!! ;)




Solat adalah salah satu rukun Islam..bile name kita org Islam, WAJIB atas kita utk solat taw adik-adik. Ada 5 kali kita kena solat satu ari. Jadi nak ke tak nak kita tetap kena solat. Dalam Al-Qur'an pun dah sebut solat tu wajib:


“Sungguh telah mendapat kemenangan segala orang yang mukmin (iaitu) segala mereka yang khusyuk dalam solatnya; dan segala mereka yang menjauhkan diri dari perkataan yang sia-sia dan segala mereka yang mengeluarkan zakat; dan segala mereka yang memelihara kemaluannya terkecuali terhadap isteri-isteri dan perempuan-perempuan yang mereka miliki, kerana terhadap isteri dan perempuan-perempuan yang dimiliki itu tiada tercela. Maka orang yang mengkehendaki lebih dari itu, ialah orang yang melampui batas. Dan segala mereka yang memelihara amanah dan janji; dan segala mereka yang memelihara solat; itulah mereka yang mempusakai Firdaus; mereka kekal abadi di dalamnya.”(AL MUKMINUN : 1-11)

Ayat ini menegaskan bahawa adanya Allah swt memastikan syurga bagi segala mereka yang melaksanakan Amalal Birri (pekerjaan-pekerjaan bakti dan utama), yang dimulai dengan solat dan disudahi dengan solat. Mereka dikekalkan dalam Firdaus Illahi.
Haaaa bile dah sebut dalam Al-Qur'an, kita WAJIB buat taw..haaa Cikgu dah sebut WAJIB lagi ni. So takmo tinggal solat taww..

Solat ni bile dah wajib kena buat, tapi ade adik-adik yang tak tahu pulak nak buat..tape takpe, Cikgu sedia membantu adik-adik..kita jumpa pada catatan catatan Cikgu seterusnya yek ;)..